Ads Top

Hanya Bertahan 10 Minit, Pengantin Sedih Solekan Luntur Ketika Hari Bahagia

Tiada siapa yang mahu melihat hari bahagia mereka ‘dirosakkan’ dengan perkara yang remeh-temeh, namun keadaan itu juga yang dilalui seorang wanita yang berkongsi video mengenai solekannya yang luntur ketika melalui hari bahagia.

Menerusi video yang dimuat naik menerus TikTok, pemilik akaun yang dikenali dengan mama Nuyinz berkongsi mengenai hal tersebut.

Jelasnya, solekannya luntur selepas melalui proses make-up selama tiga jam oleh jurusolek yang dilantik.

Hanya bertahan 10 minit di wajah, kelihatan beberapa bahagian luntur terutama di bahagian bawah mata yang sangat mengecewakan.

Sudah pasti wanita tersebut sedih memandangkan dia terpaksa melalui detik mengerikan pada hari bahagianya itu, malah beberapa pengikut turut bersimpati dan meninggalkan komen kepada video tersebut.

“Kadang-kadang luntur sebab kulit sis yang bermasalah, mungkin juga guna produk pengelupasan. Tak pun lantik jurusolek baru sebab nak save bajet. Sorry ye bagi pendapat,” tulis Bedah Cun.

“Pernah jadi macam ni. Last-last mekap sendiri. Dah inform kulit jenis kuat berpeluh. Tak ada rezeki nak cantik di hari bahagia, dah la bayar mahal,” kata Nani pula.

“Jurusolek di sini kalau muka jenis berpeluh dia akan make-up lain. Kalau jenis kulit kering dia akan tambah itu ini. Alhamdulilah make-up saya tahan,” kata pengguna lain pula.

Mengikut wanita tersebut, dia sebenarnya sudah pun menjelaskan kepada jurusolek berkenaan mengenai keadaan kulitnya sebelum proses solekan bermula. – KopiPlanet.com

@nuyinsowhut

murung di hari bahagia. kbye #fyp

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

The post Hanya Bertahan 10 Minit, Pengantin Sedih Solekan Luntur Ketika Hari Bahagia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.