Ads Top

Guru Jijik Rogol 13 Pelajar Sekolah Agama, Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur hidup

Harapkan pegar, pegar makan padi. Itu juga yang berlaku di sebuah sekolah agama di Bandung, Indonesia apabila seorang guru tergamak merogol 13 orang pelajar.

Dia yang didapati bersalah telah dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan tersebut meskipun ada pihak yang mendesak dia dihukum mati.

Kesemua mangsa rogol yang masih di bawah umur itu yang kebanyakannya datang daripada keluarga miskin.

Paling menimbulkan kemarahan umum apabila lapan daripada mereka telah melahirkan anak dan dua lagi dikatakan sedang hamil.

Sebaik sahaja proses perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaraya memohon agar dia dijatuhkan hukuman mati dek kerana perbuatan jijiknya itu.

Permintaan pihak pendakwaraya itu bagaimanapun ditentang keras oleh suruhanjaya hak asasi manusia di sana memandangkan ia bertentangan dengan prinsip hak asasi.

Setelah melalui proses perbicaraan, hakim hanya menjatuhi dia hukuman penjara seumur hidup.

Guru berkenaan kemudiannya merayu kepada hakim agar meringankan hukuman dengan alasan dia perlu menampung isteri dan tiga orang anaknya.

Pihak pendakwaan juga menuntut agar guru dikenakan denda sebanyak Rp500 juta (RM146,582) dan kesemua aset sekolah pondok itu dilelongkan demi menampung kehidupan mangsa yang dirogol. – KopiPlanet.com

The post Guru Jijik Rogol 13 Pelajar Sekolah Agama, Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur hidup appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.