Ads Top

“Dia Bukan Penyanyi… Eric Fuzi Nasihat Iqbal Agar Tarik Diri Daripada Program Big Stage 2022

Salah seorang anggota Floor 88, Eric Fuzi menasihatkan agar usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli agar menarik diri daripada program realiti nyanyian Big Stage 2022.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Eric juga secara terbuka menyatakan tidak bersetuju penyertaan usahawan berkenaan yang ketika ini dikecam ramai.

“Btw, aku mmg tak setuju Iqbal masuk Big Stage! Dia bukan penyanyi.. degil, orang kata dah jangan nyanyi live, jgn masuk industri..

“Nak nyanyi suka-suka untuk content sendiri untuk tujuan promote produk atau luahkan isi hati masuk youtube takpelah.. modal kau kan, apa nak kisah,” tegasnya.

Eric berkata, nasihat yang diberikan itu adalah dasar seorang kawan dan dia mengakui kekuatan Iqbal adalah sebagai seorang usahawan.

Dalam pada itu, Eric juga menyatakan masih ramai yang menyayangi industri seni berbanding sebelum ini ada yang menganggap ia tidak penting.

“Masa PKP dulu ramai hina industri seni, kata industri seni tak penting, tapi bila Iqbal masuk Big Stage, ramai jugak pertahankan industri seni supaya tak dimusnahkan oleh seorang “penyanyi usahawan” ..

“Menarik.. sayang jugak orang tempatan kita dengan industri seni kreatif ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Dia Bukan Penyanyi… Eric Fuzi Nasihat Iqbal Agar Tarik Diri Daripada Program Big Stage 2022 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.