Ads Top

“Takkan Saya Nak Nyanyi Lagu Dangdut Siap Gelek?” – Azman Naim Tolak Tawaran Sertai Program Realiti TV

Seorang selebriti yang pernah viral, Azman Naim mendedahkan dirinya pernah ditawarkan untuk menyertai pertandingan program realiti TV.

Dalam perkongsian yang dibuat menerusi Instagram miliknya, Azman menyatakan dia telah menolak semua tawaran yang diberikan.

“Sebenarnya ada tiga pihak yang ajak saya masuk program nyanyian realiti TV sejak sama viral zaman PKP 1 dahulu.

“Tapi saya tolak atas beberapa sebab tertentu. Berulang saya tolak tapi tetap dipanggil. Ada yang sampai hari ni contact saya,” jelasnya.

Sebelum ini, namanya menjadi sebutan selepas menyanyikan lagu parodi MySejahtera Way sehingga mendapat perhatian Sultan Johor.

Dalam pada itu, Azman menyatakan bahawa dirinya bukanlah seorang yang hantal dalam nyanyian dan tidak mampu menyanyi semua jenis genre lagu.

“Salah satunya adalah saya bukan terer (hebat) sangat menyanyi. Dan saya bukan boleh nyanyi semua jenis genre. Takkan saya nak nyanyi lagu dangdut siap gelek?” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Takkan Saya Nak Nyanyi Lagu Dangdut Siap Gelek?” – Azman Naim Tolak Tawaran Sertai Program Realiti TV appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.