Ads Top

Perselisihan Faham Kini Berakhir… Puteri Balqis Tampil Mohon Maaf Kepada Mia Sara

Perselisihan faham yang terjadi antara dua orang pelakon remaja, Puteri Balqis dan Mia Sara kini dilihat seperti sudah berakhir.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik, Puteri Balqis telah membuat permohonaan maaf kepada Mia Sara atas apa yang telah berlaku.

“Hello my sister Mia Sara. Saya Puteri Balqis, jauh di suduh hati saya ingin memohon maaf kepada Mia Sara dan Pakcik Ridzuan serta semua peminat awak.

“Ibu dah Aqish (Puteri Balqis) buat hal sendiri, kami tak kacau orang. Saya terasa bila ada orang komen secara terbuka mengenai saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya,” luahnya.

Sebelum ini, pelakon itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Mia Sara apabila dikatakan dirinya tidak dibesarkan secara Islamik.

Puteri Balqis berkata, tuduhan yang mengatakan bahawa dirinya tidak dibesarkan dalam keadaan baik oleh keluarga, terutama ibunya adalah satu fitnah yang besar.

Jelasnya, dia tidak menunjukkan kasih saya terhadap Tuhan menerusi gambar dan menunjukkannya menerusi puisi dan penulisan.

“Saya ingin bercakap sekali sahaja, jangan buat lagi seperti yang awak lakukan sebelum ini dan mahu kita terus dengan kehidupan masing-masing.

“Kepada semua yang menyokong saya, anda semua sangat baik dan memberi banyak kasih sayang. Pesanan saya, biarlah orang menghukum dan memandang serong, tiada apa yang perlu dibuktikan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Perselisihan Faham Kini Berakhir… Puteri Balqis Tampil Mohon Maaf Kepada Mia Sara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.