Ads Top

Big Stage 4 Cipta Kejutan… Dato Seri Vida Jadi Presiden Netizen, Iqbal Muncul Peserta Ke-12

Program realiti Big Stage musim ke-4 mencipta kejutan apabila melantik usahawan terkenal, Dato Seri Vida sebagai Presiden Netizen.

Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan lagi apabila kemunculan Iqbal Zulkifli yang muncul sebagai peserta ke-12 yang hanya diumumkan pada konsert malam tadi.

Untuk persembahan pertama, Iqbal yang sebelum ini menetap di Indonesia telah mempersembahkan Biarlah Bulan Bicara yang dipopularkan Broery Marantika.

Dalam pada itu, menerusi laman sosial Twitter, ada yang mempertikaikan penyertaan Iqbal, malah mempersoalkan DSV yang memberikan markah sebanyak 73 peratus.

Namun begitu, untuk minggu pertama Iqbal sekadar berada di kedudukan kedua terendah dengan markah 28.8 peratus secara keseluruhan.

Sebelum ini, umum mengetahui mengenai kisah antara DSV dan Iqbal yang hampir mendirikan rumah tangga, namun tidak dapat diteruskan lantaran tidak mendapat restu dua orang anak DSV. – KopiPlanet.com

The post Big Stage 4 Cipta Kejutan… Dato Seri Vida Jadi Presiden Netizen, Iqbal Muncul Peserta Ke-12 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.