Ads Top

Terperangkap Dalam Perigi, Adik Rayan Akhirnya Disahkan Meninggal Dunia

Setelah terperangkap di dalam sebuah perigi dengan kedalaman 30 meter selama empat hari, adik Rayan telah disahkan meninggal dunia.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Raja Maghribi, King Mohammed VI yang turut mengucapkan takziah terhadap keluarga kanak-kanak berkenaan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

Difahamkan, adik Rayan telah berjaya dikeluarkan dan di bawa ke hospital, namun pihak hospital kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawq lagi.

Sebelum ini, usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan yang telah terjatuh dalam perigi berkenaan sejak Selasa lalu.

Malah, masyarakat di seluruh dunia yang mengikuti perkembangan mengenai adik Rayan turut berdoa agar dia dapat diselamatkan. – KopiPlanet.com

Seorang kanak-kanak dari Maghribi berusia lima tahun, Rayan telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Menerusi laporan yang dikongsikan Rayan telah dijumpai oleh pasukan penyelamat dan pasukan perubatan akan mengambil alih tanggungjawab membawa keluar Rayan dari kawasan penggalian. 

Ia bagi memastikan rawatan awal dapat diberikan kepada Rayan.

Sebelum ini, kanak tersebut menjadi tumpuan seluruh dunia apabila terjatuh dalam perigi sedalam 30 meter sejak hari Selasa lalu. – KopiPlanet.com

The post Terperangkap Dalam Perigi, Adik Rayan Akhirnya Disahkan Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.