Ads Top

Perkahwinan Dipertikai Segelintir Pihak, Sharifah Sakinah Dedah Bukti Suaminya Sudah Memeluk Agama Islam

Setelah perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Sweden dipertikai, akhirnya pelakon Sharifah Sakinah tampil memberikan bukti suaminya sudah memeluk Islam.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Sakinah menunjukkan bukti gambar kad perakuan Islam miliknya suaminya, Michael Hansen.

“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu birukan keluarga mentua ya.

“Cuba anak awak tiba-tiba convert Hindu mau mak awak melenting. Nak sangat bukti swipe lah. Terima kasihlah sebab mengharu-birukan keadaan,” ujarnya.

Namun begitu, Sakinah telah memadamkan posting berkenaan di Instagram miliknya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan mengakui sudah mendirikan rumah tangga, namun enggan mendedahkan perkara berkenaan atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang mempertikakan tentang perkahwinan tersebut, termasuk status mengenai agama suaminya sehingga dia tampil memberikan bukti.

Pada masa sama, Sakinah juga tidak mahu semua pihak berburuk sangka mengenai perkara berkenaan sehingga dia terpaksa menunjukkan bukti.

“Kalau dah cakap dah lah, takyah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Perkahwinan Dipertikai Segelintir Pihak, Sharifah Sakinah Dedah Bukti Suaminya Sudah Memeluk Agama Islam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.