Ads Top

Tasha Shilla Umum Berita Gembira, Kini Sedang Hamil Anak Kedua

Setelah dikurniakan cahaya mata sulung pada tahun lalu, pelakon popular Tasha Shilla kini mengesahkan sedang hamil anak kedua.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting gambar di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum whbth. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik In shaa Allah. 

Take care semua, stay healthy dan semoga berjaya dunia akhirat . Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yg masih menanti , semoga pada masa yg akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada kehamilan buat kali kedua pelakon itu.

Tasha telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raess Zander yang kini berusia 10 bulan. – KopiPlanet.com.

The post Tasha Shilla Umum Berita Gembira, Kini Sedang Hamil Anak Kedua appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.