Ads Top

Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta Sasar Bantu Frontliners & Penggiat Seni Terkesan Akibat Covid-19

Tidak dinafikan wabak covid-19 yang melanda sejak lebih dua tahun yang lalu ternyata telah memberi kesan kepada ramai pihak.

Malah, pelbagai inisiatif dan usaha yang cuba dilakukan dalam usaha untuk membantu mereka yang terkesan, terutama sekali kalangan frontliners dan anak seni.

Oleh yang demikian, penyanyi popular Anuar Zain bakal terbabit dalam menjayakan acara majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – ‘Karena Aku Cinta’ yang bakal diadakan pada 5 Mac ini bertempat di Ipoh International Convention Centre (IICC) Ipoh, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Bond Holdings Sdn. Bhd, Ong Teng Boon mewakili penganjur berkata, acara majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal.

“Acara ini merupakan salah satu usaha untuk membantu para penggiat seni yang terkesan akibat pandemik yang melanda seluruh dunia.

“Ia diadakan satu malam sahaja serta turut mendapat sokongan Tourism Negeri Perak. Malah jemputan rasmi juga telah dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak,” ujarnya.

Sementara itu, Anuar pula melahirkan rasa terujanya memandangkan sudah agak lama dia tidak membuat persembahan yang besar kerana wabak tersebut.

Ujarnya, majlis itu nanti juga pastinya mampu mengubat rasa rindu para peminat yang sudah lama tidak dapat melihatnya beraksi di pentas.

“Pastinya saya teruja dengan persembahan amal yang bakal diadakan dan saya tidak mengambil masa yang lama untuk memberi persetujuan kepada pihak penganjur.

“Saya rasa teruja kerana lama tak mengadakan Persembahan dan kita berhibernisasi selama dua tahun dan untuk persembahan amal ini, bukan saya sahaja yang excited (teruja) bahkan kawan-kawan semuapun rasa excited,” jelasnya.

Makan Malam Amal Anuar Zain – ‘Karena Aku Cinta’ yang menerapkan konsep berhibur sambil beramal ini menawarkan tiket berharga dari RM 230, RM280 dan RM380.

Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian 011-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ IICC. – KopiPlanet.com

The post Majlis Makan Malam Amal Anuar Zain – Karena Aku Cinta Sasar Bantu Frontliners & Penggiat Seni Terkesan Akibat Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.