Ads Top

“Memang Babi Orang Macam Ni!” – Raja Ilya Dedah Pernah Jadi Mangsa Doktor Estetik Palsu Hingga Alami Kesan Jangka Panjang

Pelakon popular, Raja Ilya mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa penipuan seorang doktor estetik palsu ketika membuat rawatan kecantikan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon itu menyatakan dia terpaksa berhadapan dengan kesan jangka panjang akibat rawatan berkenaan.

“Serious geram bila baca news macam ni , banyak lahanat lahanat Kat luar sana confident nak mampus berani mati buat AESTHETIC MEDICAL PROCEDURES unlicensed or some UNDER TABLE Licenses.

“Memang BABI orang orang macam ni! This is not 1st time patient Meninggal, I AM A VICTIM TOO. Life long side effect , perempuan lahanat yang menipu jadi DOCTOR , she did-this horrible procedure and terus HILANG , GAIB NTAH KE MANA !

“Seorang VIP ( DATIN) mati kat bilik hotel because of her !! Because OF ONE OF THIS BITCH RELATED TO SOME HIGH RANK (OFFICER PERHAPS) DI PDRM she got let out !! This was back in 2006-2008,” luahnya.

Raja Ilya berkata demikian ketika memberikan reaksi berhubung kejadian seorang lelaki yang mati selepas menerima suntikan besarkan punggung ketika menerima rawatan estetik daripada pakar kecantikan tidak bertauliah baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menjalankan perniagaan perubatan estetik tidak bertauliah hingga meragut nyawa pelanggan.

“Sudah tiba masanya isu ini perlu diberikan perhatian kerana perbuatan sebegini boleh menyebabkan kesan jangka panjang, kecederaan dan kematian.

“Ia memalukan. Saya merayu Jawatankuasa Amalan Perubatan Estetik Kebangsaan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan untuk mengambil tindakan dan menghentikan perbuatan sebegini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Memang Babi Orang Macam Ni!” – Raja Ilya Dedah Pernah Jadi Mangsa Doktor Estetik Palsu Hingga Alami Kesan Jangka Panjang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.