Ads Top

Iqbal Rasakan Dato Seri Vida Ada Masalah Penyakit Narcissistic Personality Disorder

Sejak beberapa hari ini, nama usahawan selebriti Dato Seri Vida atau DSV terus menjadi bualan ramai gara-gara tuduhan yang mengatakan Anuar Zain seorang gay.

Yang terbaharu, bekas bakal suami DSV iaitu Iqbal Zulkefli tampil membuat kenyataan dengan mengatakan usahawan berkenaan mempunyai masalah penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD).

“Kalian tidak sedarkan beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri?

“NPD adalah orang yang suka memanipulasi, suka menyalahkan orang lain atas kesalahan sendiri namun sangat mudah tersentuh jika menerima sedikit teguran,” jelasnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal menyatakan individu yang mempunyai masalah penyakit berkenaan tidak sedar dirinya sedang berbohong.

“Suka berfantasi dirinya paling berkuasa. Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Iqbal Rasakan Dato Seri Vida Ada Masalah Penyakit Narcissistic Personality Disorder appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.