Ads Top

Sajat Mahu Lelong Rumah Banglo Miliknya Di Kota Damansara Dengan Harga RM9.5 Juta

Usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo mewah miliknya yang terletak Kota Damansara dengan harga RM9.5 juta.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, Sajat telah berkongsi tentang maklumat lelongan banglo tersebut serta mengalukan-alukan mana-mana pihak yang berminat menyertai proses berkenaan.

Dalam maklumat berkenaan, meskipun jualan banglo itu berharga RM9.5 juta, namun ia boleh dikurangkan berdasarkan budi bicara pihaknya, malah pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual.

Namun begitu, tarikh lelongan banglo mewah miliknya itu masih belum diputuskan.

Sajat membeli banglo asalnya milik usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta Sajat disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources.

Sehubungan itu, dua siri lelongan telah diadakan sebelum ini dimana seorang lelaki disifatkan mendapat durian runtuh apabila memenangi sesi bidaan harta Sajat dengan nilai serendah RM42,000 sahaja. – KopiPlanet.com

The post Sajat Mahu Lelong Rumah Banglo Miliknya Di Kota Damansara Dengan Harga RM9.5 Juta appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.