Ads Top

Neelofa Selamat Bersalin Cahaya Mata Lelaki, Pilih Nama Muhammad Bilal Muhammad Haris

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa akhirnya sah melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada petang semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi satu perkongsian di Insta Story miliknya.

“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujar PU Riz dalam satu kenyataan yang diberikan.

Pengacara dan usahawan itu difahamkan bersalin cahaya mata sulung di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, PU Riz turut mengucapkan terima kasih atas doa daripada semua pihak, terutama sekali peminat-peminat.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Neelofa Selamat Bersalin Cahaya Mata Lelaki, Pilih Nama Muhammad Bilal Muhammad Haris appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.