Ads Top

Pernah Digelar Juri Sampah Pakai Kanta 3KM, Kelly Azman Kini Dilihat Sudah Berdamai Dengan Diva AA

Pada tahun lalu, selebriti sensasi Azwan Ali atau Diva AA pernah memuatnaik beberapa posting di Twitter dengan memaki mempertikaikan kredibiliti seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta.

Biarpun tidak menyebut nama individu tersebut, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly Azman yang merupakan seorang penghibur dan wartawan hiburan.

Antara makian yang dilemparkan adalah gelaran juri sampai pakai kanta 3KM dan dan dianggap sebagai pembawa sial.

Namun begitu, pertemuan secara tidak sengaja antara kedua-duanya baru-baru ini telah membuka lembaran baharu buat mereka.

Malah, kedua-dua figura ini juga dilihat telah saling berbual dan turut mengambil gambar serta video bersama ketika hadir ke majlis pelancaran program Mic On 2.

Bagi Kelly Azman, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan akui tidak terasa dengan ciapan dari Diva AA kerana sudah lama mengenalinya.

“Saya sudah lama di dalam industri ini dan sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali.

“Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur,” jelasnya.

Sementara itu, Diva AA pula memberitahu dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu.

Ujarnya, dalam masa yang sama juga di langsung tidak menyangka zaman ini pelbagai kontroversi panas masih menjadi tumpuan umum.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa puncanya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

“Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar. Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Pernah Digelar Juri Sampah Pakai Kanta 3KM, Kelly Azman Kini Dilihat Sudah Berdamai Dengan Diva AA appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.