Ads Top

“Kau Tuhan Ke Kata Aku Tak Boleh Menang Anugerah Juara Lagu?” Aliff Syukri Marahkan Michael Ang, Dituduh Suara Gedik & Keluar Duit Sendiri Untuk Jadi Penyanyi

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa marah terhadap pengarah Michael Ang yang dikatakan masih mengutuk suaranya.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram sebelum dipadam, Aliff turut membidas kenyataan pengarah itu yang mengatakan dia menggunakan wang semata-mata untuk jadi penyanyi.

“Aku tak tau apa masalah kau. Kau kata suara aku ni gediklah. Tak boleh naik pentaslah, tak boleh ke Anugerah Juara Lagu lah. Kenapa?

“Kau Tuhan ke kata aku tak boleh mening Anugerah Juara Lagu? Kalau aku buat lagu menang kau nak kata apa? Jangan kau nak kutuk-kutuk suara aku. Suara aku ni dah melahirkan banyak lagu-lagu yang trending dan disukai rakyat Malaysia,” tegasnya.

Aliff berkata, dia juga sangat pantang apabila ada pihak menghina bakat nyanyian yang dimilikinya itu dan memberi amaran supaya sesekali tidak mengutuk dirinya.

“Sekali aku sabar… dua kali? Jangan kau pandai-pandai nak kutuk aku. Suara kau, lagu kau tu tak ke mana, dah ke laut. Tu suara autotune. Suara aku ni original. Suara kau? Sedih…

“Aku malas… aku malas nak cari gaduh dengan orang. Aku nak jadi baik, tapi orang tu suka menghina aku, mencabar aku. Tu aku balas balik. Lepas ni kalau aku buat lagu, kau tengok lagu siapa lagi meletup,” ujarnya.

Baru-baru ini, Michael Ang baru sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Cinta Atau Propa. – KopiPlanet.com

The post “Kau Tuhan Ke Kata Aku Tak Boleh Menang Anugerah Juara Lagu?” Aliff Syukri Marahkan Michael Ang, Dituduh Suara Gedik & Keluar Duit Sendiri Untuk Jadi Penyanyi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.