Ads Top

Hampir Dua Tahun Berjuang Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah, Defendan Diarah Bayar RM120,000

Setelah hampir dua tahun berjuang di mahkamah bagi membersihkan namanya yang cuba dicemari pihak-pihak tertentu, pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq akhirnya menang dalam kes saman fitnahnya terhadap seorang defendan bernama Hamidah Rapaee yang telah memfitnah plaintif di laman media sosial Facebook dan melalui penyiaran video yang telah dimuatnaik di YouTube.

Mahkamah Sesyen Kuantan mengarahkan Hamidah, seorang eksekutif kaunselor membayar pampasan RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM20,000 kepada Abu Syafiq.

Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen turut membenarkan injunksi melarang Hamidah mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran. 

Abu Syafiq diwakili oleh peguam Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Nurul Hafidzah berkata, mahkamah memerintahkan Hamidah Rapaee membayar pampasan dan ganti rugi tersebut serta-merta. Kos adalah untuk ditaksirkan oleh mahkamah. 

“Mahkamah juga memerintahkan defendan menulis dan menyiarkan permohonan maaf kepada plaintif, Ustaz Abu Syafiq di laman Facebook dan Youtube milik defendan.

“Satu injunksi menegah defendan daripada menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif pada masa hadapan juga telah diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen,” katanya.

Keputusan kes saman sivil tersebut merupakan bukti kukuh yang mahkamah bersetuju dengan hujahan-hujahan peguam Abu Syafiq yang laman Facebook beliau telah digodam dan beliau tidak pernah mengkafirkan seorang pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew. – KopiPlanet.com

The post Hampir Dua Tahun Berjuang Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah, Defendan Diarah Bayar RM120,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.