Ads Top

Dua Anak Yatt Hamzah Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital Setelah Alami Muntah Teruk

Pelakon Yatt Hamzah memaklumkan dua orang anaknya terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami muntah yang teruk sehingga enam kali.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Yatt menyatakan kedua-dua anaknya itu bukan mengalami keracunan.

“2 lagi anak Bonda muntah-muntah sampai 6 kali setakat ni dan kena dikejarkan ke hospital. Anak ke-2 @sucihumairaiqlima dan ke-4 #SuciHawaZulaikha dah lembik sejak dari dalam kereta hingga sampai rumah muntah-muntah non stop. 

“Anak ke 3 @sucihayfaamedina masih di hospital sekarang. Semuanya simptop yg sama. Muntah-muntah tanpa henti. Bukan keracunan makanan tapi penyakit lain,” ujarnya.

Sebelum ini, anak ketiga pelakon berkenaan telah dimasukkan ke hospital setelah didapati mengalami Pneumonia dan paru-paru kanan ada jangkitan kuman.

Dalam pada itu, pelakon itu juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan keempat-empat anaknya itu, termasuk anak bongsunya yang kini sedang demam, batuk dan selesema.

“MOHON SGT2 MANA2 SHBT2 DAN FOLLOWERS YG BERADA DI MEKAH & MADINAH UTK DOAKAN KESELAMATAN DAN KESEMBUHAN ANAK2 BONDA. 

“4 ORANG JATUH SAKIT SERENTAK. YG BONGSU BABY #SAYFMOHAMMEDZUBAYR MASIH DEMAM BATUK SELSEMA TP TIADA MUNTAH2 SETAKAT NI. MINTA2LAH TAK BERJANGKIT PD DIA YA ALLAH.

“TINGGAL KAK NIA SEORANG YG SIHAT. ALHAMDULILLAH. MOHON SEMUA DOAKAN ANAK2 BONDA..BONDA MOHON SGT2,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dua Anak Yatt Hamzah Terpaksa Dikejarkan Ke Hospital Setelah Alami Muntah Teruk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.