Ads Top

Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Bakal Timang Cahaya Kedua, Usia Kandungan Kini Sudah Masuk Lapan Bulan

Sempena dengan kehadiran Tahun Baharu 2022, pasangan pelakon popular Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah bakal menimang cahaya mata kedua.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Azwan menerusi satu perkongsian di Instagram dan memaklumkan isterinya sedang hamil lapan bulan.

“Dah lama nak share berita gembira ni, tapi disebabkan aktiviti dan kehidupan seharian kami, macam rasa tak sempat-sempat nak fikir masa yang sesuai.

“Jadi hari ini sy dgn rasa gembiranya nak share my wife is happily 8th month pregnant. Doakan yg terbaik buat baby dalam kandungan ya,” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Harum Dahlia dan kini berusia empat tahun.

Azwan dan Ezzaty mendirikan rumah tangga pada Julai 2016. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah Bakal Timang Cahaya Kedua, Usia Kandungan Kini Sudah Masuk Lapan Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.