Ads Top

Amirul Grocer Buka Cawangan Ke-8 Di Shah Alam, Sediakan Ruang Artis Berniaga Di Bahagian Selebriti Niaga Corner

Impak dari pandemik covid 19 ternyata telah membuka iltizam para selebriti untuk membuka perniagaan di mana mereka telah memulakan dengan beberapa produk diatas jenama mereka sendiri ; suatu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh mereka sebelum ini.

Ianya satu ikhtiar yang baik bagi memastikan pendapatan mereka terus seimbang memandangkan kekurangan tawaran persembahan dan penggambaran sepanjang tempoh getir ini.

Melihat produk-produk yang diusahakan mempunyai potensi yang tersendiri , pihak Amirul Grocer yang merupakan rangkaian perniagaan runcit Halal bumiputra telah menawarkan ruang perniagaan yang dinamakan ‘Selebriti Niaga Corner‘ di mana para artis ini dapat memasarkan produk mereka di semua cawangan yang mereka miliki.

CEO Tanjak Mega Holding Berhad, pemilik Rangkaian Amirul Grocers, Eda Rahman berkata, ruang niaga ini dilancarkan pada 22 Januari lalu, bersempena dengan pelancaran cawangan ke-8 Amirul Grocer yang bertempat di Shah Alam.

“Alhamdullilah kami dapat berkerjasama dengan golongan selebriti ini dan mengalu-alukan kepada yang lain bersama dengan kami.

“Apa yang boleh kami janjikan pihak Amirul Grocer akan bersama-sama berkongsi pengalaman bagi membentuk mereka menjadi Enteprenuer sejati, selain dari mereka terus berkarya dilapangan seni,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, ia telah dilancarkan oleh YM Tengku Dato Dr Hishamuddin Zaizi Ibn YAM Tengku Bendahara Azman Shah Al Haj.

Buat permulaan beberpa artis turut terlibat memasarkan produk mereka iaitu Jaafar On, Radhi OAG, Asheed Def Gab C, Dato Seri Amir Pearl, CDNaz, Zubira, Brad Mpire, Lola XPDC, Hj Kamal (Bayang Cafe) dan Green Dome Publishing dengan pelbagai produk menarik.

Dalam pada itu, Eda berkata dengan pembukaan cawangan yang ke-8 ini, pihaknya merancang untuk membuka lebih banyak lagi cawangan Amirul Grocer di seluruh negara.

“Kami juga mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan pihak kami untuk pembukaan cawangan dan berharap jenama Amiril Grocer akan terus berkembang,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Amirul Grocer Buka Cawangan Ke-8 Di Shah Alam, Sediakan Ruang Artis Berniaga Di Bahagian Selebriti Niaga Corner appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.