Ads Top

Aishah Terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan Yang Membawa Gelaran Datuk

Penyanyi popular Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin telah menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menerusi laporan Bernama, penyanyi berkenaan merupakan antara 22 penerima yang menerima darjah berkenaan yang membawa gelaran Datuk.

Namun begitu, sehingga kini Aishah masih belum membuat sebarang kenyataan sama ada di media sosial mengenai penganugerahan yang diterima.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai 410 penerima darjah kebesaran dengan dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah hari ini bagi sesi pertama, sesi kedua pada 22 Januari dan sesi ketiga pada 27 Januari ini. – KopiPlanet.com

The post Aishah Terima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan Yang Membawa Gelaran Datuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.