Ads Top

Syafeek & Zazo Muncul Juara LCK 3, Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM50,000

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK 3) melabuhkan tirai pada malam tadi apabila Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) yang telah merangkul gelaran Juara.

Dengan kemenangan tersebut, mereka membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Naib juara pula menjadi milik Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA. Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan membawa pulang hadiah wang tunai  RM 20,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Achik & Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul), pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.  

Malam ini, tema persembahan pentas akhir ialah ‘Lagu Cinta Kita’ dan para finalis perlu mempersembahkan dua buah lagu iaitu sebuah ‘cover lagu’ dan sebuah lagu baharu. Ini merupakan kali pertama para finalis program ini memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM pada minggu ini. Video muzik bagi keempat-empat lagu ini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official mulai hari ini.

Pentas akhir Lagu Cinta Kita Musim Ketiga dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Selain itu, Aina Abdul dan Hael Husaini turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul ‘Manusia Kuat’ oleh Tulus. 

*Senarai Lagu-Lagu Pentas Akhir LCK 3

  1. Syafeek & Zazo (Juara)
  • Akhirnya Kini Pasti oleh Anita Sarawak
  • Bagai Cahaya (Single Baharu)
  1. Hariz & Wanie (Naib Juara)
  • Akan Ku Tunggu oleh Candy
  • Seribu Gundah (Single Baharu)
  1. Pasya & Puteri (tempat ketiga)
  • Kejoraku Bersatu oleh Search
  • Cinta Sejati Aku (Single Baharu)
  1. Achik & Maria (tempat keempat)
  • Jangan Pisahkan oleh Deddy Dorres & Mayang
  • Pertahan Cinta (Single Baharu)

The post Syafeek & Zazo Muncul Juara LCK 3, Berjaya Bawa Pulang Hadiah Wang Tunai RM50,000 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.