Siti Nordiana Tegaskan Lagu Amaran Bukan Sindiran Kepada Mana-Mana Pihak Yang Terkait Dengan Dirinya
Penyanyi popular Siti Nordiana atau Nana menegaskan lagu Amaran yang baru sahaja dilancarkan tidak menyindir mana-mana pihak, termasuk mereka yang terkait dengan isu bersama dirinya.
Jelas Nana, lagu berkenaan lebih sekadar hiburan dan pesanan seorang wanita kepada wanita lain agar berhati-hati dengan lelaki bergelar ‘buaya’.
“Apabila saya posting teaser lagu ni di Instagram, saya agak terkejut juga kerana ramai pula yang kaitkan lagu Amaran dengan situasi yang berlaku terhadap diri saya.
“Apa yang boleh saya nyatakan, ia langsung tidak berkaitan atau menyindir mereka yang berkaitan. Lagipun lagu ini sudah dihasilkan sejak setahun yang lalu,” ujarnya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa majlis pelancaran lagu Amaran yang berlangsung semalam.
Sebelum ini, Nana telah mengambil tindakan undang-undang terhadap lima orang individu yang didakwa telah memfitnah dirinya menerusi live Instagram.
Sementara itu, bercerita dengan lebih lanjut mengenai lagu Amaran, penyanyi itu menyatakan dia mahu tampilkan kelainan dengan menerapkan elemen tradisional dan rap untuk lagu baharunya itu.
Ujarnya, pemilihan Bunga Isme sebagai rakan duet untuk lagu tersebut pula sangat bertepatan kerana penyanyi itu merupakan penyanyi rap wanita yang cukup berbakat besar.
“Sebelum ini orang dah selalu dengar saya nyanyi lagu pop dan balada. Jadi, saya ambil keputusan untuk tampilkan kelainan menerusi lagu Amaran.
“Berkenaan pemilihan Bunga pula, saya rasa dia adalah penyanyi yang paling sesuai setelah mendengar beberapa lagu nyanyian sebelum ini,” ujarnya.
Lagu Amaran merupakan lagu hasil ciptaan sepenuhnya Bunga Isme, Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat – KopiPlanet.com
The post Siti Nordiana Tegaskan Lagu Amaran Bukan Sindiran Kepada Mana-Mana Pihak Yang Terkait Dengan Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: