Ads Top

“Sebelum Kri Minta Maaf Kat Netizen, Baik Minta Maaf Kat Mak Dulu” – Rozita Kecam Aliff Syukri, Mahu Anaknya Jangan Poyo

Umum mengetahui mengenai keadaan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini sedang dirawat di hospital setelah positif Covid-19 tahap tiga.

Malah, usahawan berkenaan turut memuat naik satu video tentang dirinya yang sedang dirawat, serta sempat meminta maaf kepada mereka yang mengenali dirinya.

Yang terbaharu, ibu kepada usahawan tersebut iaitu Rozita Ibrahim memuat naik satu posting yang mengecam tindakan anaknya itu.

“Rasa sini Mak hamput ko kri — Mak kasi hints isshhh — masa posting tangan tu — MMG dileksia tak paham bahasa — Mak geram dengan ko Kri ..!  Mak sound Ida – Kri Mak call, DM tak jawab , semalam mak dah tegur ishh tu , pempaham lah.

“Ni mak tegur direct , biar ko rasa — nak sangat kan ..!! Viral … meh Mak kecam ko pulak .. posting minta maaf kat netizen. Habis kat mak tak nak minta maaf ..?!  Sebelum kri minta maaf kat netizen , baik minta maaf kat mak dulu Ko mmg kurang kerja kan – Wasiat harta2 kau tu kt Ida dn anak2 kri – Meh kasi mak sikit juga,” tulisnya.

Rozita berkata, ternyata tindakan yang dilakukan oleh Aliff itu membuat dia beserta menantunya, Datin Seri Shahida menjadi mangsa kecaman netizen.

“Kau jangan nak poyo sangat syukri . Ko tak ada kerja kt sana . Tangan kau gatal menaip bagai nak Rak ..! Hadis dn doa mana kri copy ..

Lepas tu yg jadi mangsa netizan Mak , Ida dengan keluarga yg tinggal ni ..! Kau jangn cari pasal ..! mak serang kri kat sana ..!! Ko jangan ye , jgn Mak buat betul2 

Ko sorang je yg sakit , dah sembuh pun kan xpayah lah nampak nazak sgt – Mak nangis suruh cek sebelum tu ko xnak dengar – dah sihat ko post nazak ..sepak mak hantar kat hospital tu baru,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Sebelum Kri Minta Maaf Kat Netizen, Baik Minta Maaf Kat Mak Dulu” – Rozita Kecam Aliff Syukri, Mahu Anaknya Jangan Poyo appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.