Ads Top

Kamal Adli & Uqasha Senrose Rupa-Rupanya Sudah Nikah 5 November Lalu

Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung pada 5 November lalu.

Pasangan berkenaan telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib pada pukul 9.39 pagi.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin, manakala Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal.

Selain itu, seramai hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan kedua-dua mempelai turut hadir.

Pasangan pengantin kelihatan cukup cantik dan segak bergaya mengenakan persalinan daripada pereka Shanell Harun.

Kamal dan Uqasha kemudian diraikan dalam sesi memotong kek lima tingkat yang disaksikan oleh para tetamu yang hadir.

Sebelum ini, pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. – KopiPlanet.com

The post Kamal Adli & Uqasha Senrose Rupa-Rupanya Sudah Nikah 5 November Lalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.