Haqiem Rusli Tak Benarkan Isteri Jadi Penyanyi, Mahu Terus Fokus Pada Perniagaan
Penyanyi popular, Haqiem Rosli menyatakan bahawa dia tidak membenarkan isterinya, Anis Sofea untuk menjadi seorang penyanyi.
Haqiem berkata, dia lebih selesa jika isterinya itu lebih memberi fokus kepada perniagaan restoran makanan yang diusahakannya sekarang.
“Saya mengaku isteri mempunyai suara yang sedap. Malah, syarikat rakaman yang saya bernaung sekarang ini ada menawarkan isteri untuk merakamkan lagu.
“Cuma, saya tak berikan kebenaran kerana mahu dia fokus sahaja pada perniagaan sahaja. Biarlah sekarang ini saya seorang sahaja yang bergelar penyanyi,” jelasnya.
Haqiem berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar Festival Filem Malaysia 31 (FFM 31) yang berlangsung baru-baru ini.
Sementara itu, Haqiem menyatakan statusnya sebagai seorang suami sekarang ini tidaklah membuatkan dia semakin kehilangan peminat.
Ujarnya, setakat ini peminat-peminatnya, terutama sekali kelab peminatnya tetap memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, termasuklah apabila dia mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Sehingga kini saya tidak ada pula menerima sebarang mesej yang kata tak nak minat saya lagi lepas berkahwin kerana percaya peminat lebih memberi sokongan terhadap kerjaya saya.
“Misalnya, sebelum saya berkahwin pun ada ahli kelab peminat yang buat majlis doa selamat untuk saya dan ia sangat saya hargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Haqiem Rusli Tak Benarkan Isteri Jadi Penyanyi, Mahu Terus Fokus Pada Perniagaan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: