Ads Top

Konsert Zee Avi & NJWA Ditangguhkan Ke 22 Jun Ini

Konsert dua penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi dan NJWA yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac ini terpaksa ditangguhkan pada tarikh 22 Jun hadapan.

Menurut pihak penganjur, Showlab Ventures, konsert terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dielakkan.

“Segala kesulitan amat dikesali. Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini dan merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami.

Di samping itu juga beberapa aspek teknikal yang perlu diambli kira bagi memastikan konsert ini berjaya dijalankan dengan lancarnya,” kata wakil penganjur, Farhan Aizat menerusi kenyataan media.

Konsert akan tetap berlangsung di lokasi sama di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur tepat jam 8.45 malam.

Sebarang informasi berkenaan konsert ini, anda boleh layari laman Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.