Ifa Raziah Tawar RM200,000 Kepada Mana-Mana Individu Yang Boleh Tunjuk Bukti Dia Lakukan Pembedahan Potong Usus
Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah menawarkan RM200,000 kepada mana-mana pihak yang menunjukkan bukti dia melakukan pembedahan potong usus.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Ifa Raziah berkata, tawaran tersebut dibuka sehingga 8 Disember ini (esok).
“MISS DIVA BERBESAR HATI NAK SEDEKAHKAN 200k CASH MONEY NI KEPADA SESIAPA YANG BERANI MASUK PERADUAN YANG MISS DIVA ANJURKAN.
“MISS DIVA INGIN MENCABAR KEPADA SEMUA WARGANET ANDA BERPELUANG UNTUK MENDAPATKAN WANG TUNAI 200k SECARA PERCUMA JER HANYA MENGEMUKAKAN SEGALA BUKTI YANG KUKUH SEPERTI YANG DI HEBOHKAN DI MEDIA SOSIAL,” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi berkenaan mendapat kecaman apabila dikatakan melakukan pembedahan potong usus dan kemudian menjual ubat kurus.
“KONONNYA MISS DIVA TELAH MELAKUKAN OPERATION POTONG USUS ATAU BARIATRIK UNTUK KURUS. SYARAT PERYERTAAN AMATLAH MUDAH SEKALI HANYA KEMUKAKAN SEMUA BUKTI YANG KUKUH SEBELUM TARIKH TUTUP PERYERTAAN PD 8hb DISEMBER INI..
“JOM BERAMAI RAMAI PARA JEMAAH WARGANET DARIPADA DUK BUAT DOSA FITNAH LEBIH BAIK TUNJUKKAN SEGALA BUKTI YANG KUKUH ..
MISS DIVA AKAN BERIKAN HADIAH 200k CASH MONEY!!!,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Ifa Raziah Tawar RM200,000 Kepada Mana-Mana Individu Yang Boleh Tunjuk Bukti Dia Lakukan Pembedahan Potong Usus appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: