Ads Top

Heliza Helmi Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Pengasas & Presiden AUF MBZ Consortium Bergelar Datuk Seri

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan popular, Heliza Helmi akhirnya kini bergelar seorang isteri setelah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh rakan kepada Heliza iaitu Yatt Hamzah menerusi satu perkongsian video di Instagram.

“1 lagi pembuka tirai 2022. MashaAllah ijaaaa.. Tahniah sahabatku syg.. Alhamdulillah kami tumpang bahagia.

“Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘alaykuma Wa jama’a baynakuma fi khayr @nurhelizahelmi @mahadibz,” tulisnya.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut telah berlangsung pada pagi ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Mengikut carian yang dibuat, suami kepada penyanyi itu merupakan Pengasas & Presiden AUF MBZ Consortium dan merupakan siswazah Sains Aktuari dalam bidang perancangan kewangan. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post Heliza Helmi Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Pengasas & Presiden AUF MBZ Consortium Bergelar Datuk Seri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.