Ads Top

Dikecam Setelah Dikatakan Sindir Aset Polis & Bomba, Fadzil Zahari Tampil Buat Permohonan Maaf

Pelakon dan pemilik Prokuya Studios, Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf berkenaan satu posting yang dimuat naik membabitkan aset polis dan bomba beberapa hari lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik, Fadzil turut menafikan sekeras-kerasnya dia telah menyindir aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti yang dituduh beberapa pihak.

“Abang nak minta maaf buat yang terasa hati dengan posting dua hari lepas pasal kereta bot Polis dan Bomba ni, dan bagi yang komen “sindir ATM sama macam sindir YDPA”, boleh tengok semula gambaq tu takda aset ATM pun.

“Sebab niat abang sebenaqnya nak ajak sapa2 atau NGO yang berminat nak sama2 kongsi beli jentera atau aset yang seperti ni supaya kita boleh sama2 guna waktu kecemasan, itu saja,” ujarnya.

Sebelum ini, posting yang dimuat naik pelakon itu berkenaan pertanyaannya sama ada aset polis dan bomba ada dijual di Shopee telah mengundang kritikan netizen.

Dalam pada itu, Fadzil menyatakan dalam kebanyakan komen dan kecaman yang diterima, dia terkesan dengan komen tiga individu yang merupakan polis, bomba dan tentera.

“Dalam ramai2 yang dok maki hamun dan kecam tu, abang terkesan dengan komen tiga orang anggota ni, seorang Askar, seorang Polis dan seorang Bomba,

“Walaupun kita sedia tahu, anggota ni rata ratanya lasak, keras dan kasar tapi tegurannya sangat lembut dan berhemah, mungkin inilah anggota yang sama-sama dengan saya & yana ketika di Padang Jawa enam hari yang lepas, wallahualam,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dikecam Setelah Dikatakan Sindir Aset Polis & Bomba, Fadzil Zahari Tampil Buat Permohonan Maaf appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.