Ads Top

Dituduh Curi Oven Di Sebuah Pasaraya Ketika Banjir… Individu Nafi Curi Perkakasan Elektrik, Hanya Gunakan Kotak Untuk Isi Makanan

Seorang individu tampil membuat kenyataan berhubung tuduhan yang mengatakan dirinya telah mencuri oven di sebuah pasaraya ketika banjir baru-baru ini sehingga menjadi viral.

Menerusi satu video yang dimuat naik, individu berkenaan menjelaskan dia hanya menggunakan kota oven berkenaan untuk mengisi barang makanan.

“Itu kotak saya ambil letak biskut dan sardin, bukannya oven dalam dia. Kalau oven pun saya ambil apa guna saya ada dekat rumah. Anak saya dah lapar nak bawak balik oven buat apa.

“Anak dah tiga hari tak ada makan. Dorang cakap Mydin bagi makan kat bawah, saya pergilah. Hari kedua saya pergi, pukul 2.30. Orang ingat saya bawa oven, hanya kotak yang saya bawa,” jelasnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga menyatakan dia telah membuat satu laporan polis berhubung tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Pada masa sama, dia turut meminta maaf setelah tindakannya itu menimbulkan salah faham ramai pihak sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mengviralkan perkara tersebut.

“Saya dah buat report polis, tapi saya minta maaf semuanya sebab timbul salah sangka. Dalam itu bukan oven, cuma kotak yang dalamnya makanan.

“Yang ambil gambar tu ambil kesempatan, ingat saya ni apa ambil barang begitu. Anak kat rumah dah tiga hari tak makan, nak ambil benda macam tu lagi. Tak masuk akal,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dituduh Curi Oven Di Sebuah Pasaraya Ketika Banjir… Individu Nafi Curi Perkakasan Elektrik, Hanya Gunakan Kotak Untuk Isi Makanan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.