Ads Top

Harris Alif Maklumkan Dia & Intan Ladyana Dalam Keadaan Baik, Masing-Masing Sedang Jalani Kuarantin Di Rumah & Hospital

Penyanyi popular Harris Alif memaklumkan dia dan isterinya, Intan Ladyana dalam keadaan baik setelah kedua-duanya disahkakan positif Covid-19.

Perkara berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh Harris dalam satu posting di Instagram yang memaklumkan tentang keadaan dia dan isterinya itu.

“Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah saya masih kuarantin di rumah & wife di hospital. Ramai sangat yang bertanya.. sorry tak dapat reply semua. Saya & Intan dalam keadaan yang baik.

“Intan kena habiskan kuarantin di hospital lagi 8 hari.. Thank you so much pada semua yang mendoakan saya, wife & baby. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Sabar ok love you,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik menunjukkan Intan yang kini sedang hamil terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans. – KopiPlanet.com

The post Harris Alif Maklumkan Dia & Intan Ladyana Dalam Keadaan Baik, Masing-Masing Sedang Jalani Kuarantin Di Rumah & Hospital appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.