Ads Top

“Sekarang Ni Ramai Sangat Jadikan Asnaf Sebagai Tempat Untuk Content Semata-Mata, Ini Memang Sangat Tak Bertanggujawab” – Ustaz Yaakub Yusra

Sejak kebelakangan ini tidak dinafikan ramai pihak yang berlumba-lumba menjadikan amalan sedekah sebagai content untuk platform media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, ternyata perbuatan tersebut sebenarnya adalah perkara yang agak memalukan, terutama kepada golongan asnaf yang menerima sedekah itu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ustaz Yaakub Yusra menyatakan tindakan sedemikian umpama menjaja maruah penerima dan tidak bertanggungjawab.

“Sekarang ni ramai sangat jadikan asnaf sebagai tempat untuk content semata-mata, ini memang sangat tak bertanggujawab. Kalau gambar mak, ayah atau adik-beradik kita orang jadikan content, memang bagi bantuan tapi apapun ia tetap perkara yang mengaibkan.

“Saya percaya golongan yang susah ni pun tak mahu (terima sedekah), tetapi kadang-kadang mereka terpaksa. Mereka juga ada maruah, memberi tak salah tapi jangan mencalarkan marcha orang lain,” ujarnya menerusi satu video yang kini menjadi viral.

Setakat ini, video Pengasas Murtadha Dakwah Centre (MADAD) itu telah ditonton sebanyak 132,000 di Twitter dan 163,000 di Facebook.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan juga beliau turut menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice Of Asnaf yang telah licita oleh MADAD, khusus untuk golongan yang memerlukan.

Sementara itu, tidak dinafikan ada juga pihak yang memandang serong terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak MADAD, namun beliau menerimanya dengan hati terbuka.

“Bukan semata-mata view yang ingin dicari, namun manfaat daripada perkongsian ini untuk ummah. Biasalah, ada yang sambut baik dan tidak kurang juga yang mempertikai.

“Yang kritik tidak setuju tak mengapa, apapun mesin ini dihasilkan untuk memudahkan golongan asnaf terima bantuan. Penciptaan mesin ini bertujuan salah satu cara yang diusahakan MADAD untuk tutup rasa malu asnaf yang segan terima bantuan.

“Caranya pun mudah, hanyap mohon kad dan lepas tu hanya berurusan dengan mesin sahaja dan tak perlu jumpa orang. Yang susah ambil beras, yang senang sumbang beras. Kan bagus ada ekosistem sebegitu,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa lokasi di sekitar Kedah telah dikenalpasti oleh MADAD untuk meletakkan mesin ATM Beras seperti di ADZ Edar, Surau Taman Malinja, PKWR Kuala Ketil, Masjid Taman Keladi, KRT Taman Sinar Mentari, PKWR Merbok dan Masjid Muzaffar Shah.

Untuk 100 orang yang bermina boleh mendaftar sebagai pemegang kad ATM Beras menerusi MADAD. – KopiPlanet.com

The post “Sekarang Ni Ramai Sangat Jadikan Asnaf Sebagai Tempat Untuk Content Semata-Mata, Ini Memang Sangat Tak Bertanggujawab” – Ustaz Yaakub Yusra appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.