Ads Top

Pernah Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, Mamat Exist Perlu Lapor Diri Dengan AADK Selama Dua Tahun

Vokalis kumpulan Exist, Mamat menyatakan bahawa dirinya masih lagi perlu melaporkan diri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh selama dua tahun.

Mamat berkata, dia sendiri tidak kisah serta akur dengan ketetapan yang perlu dilakukan, asalkan ia memberikan kebaikan buat dirinya.

“Bermula pada awal tahun ini, saya harus melaporkan diri kepada AADK Johor Bahru sekiranya saya mahu keluar kawasan untuk sebarang urusan kerja dan lain-lain.

“Selain itu, saya juga perlu mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan setiap bulan dalam tempoh pemulihan,” katanya.

Mamat berkata demikian ketika ditemui sewaktu Majlis Pelancaran Album Live Exists Reunion yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah ditahan polis pada 8 September 2019 ketika menaiki motosikal di Taman Perling, Johor Bahru kerana memiliki sejumlah dadah jenis syabu.

Pada masa sama, ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia dan rakannya positif dadah.

Dalam pada itum bercerita mengenai aktiviti seni yang memerlukan dia bersama Exist, penyanyi berkenaan memberitahu semuanya akan diuruskan oleh pihak penganjur.

“Semua aktiviti yang membabitkan kumpulan Exists akan diuruskan oleh penganjur jadi tiada masalah untuk saya berulang-alik dari Johor.

“Lagipun saya memang ada menjalankan perniagaan kedai makan dan memang ada keperluan untuk berulang alik,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Pernah Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah, Mamat Exist Perlu Lapor Diri Dengan AADK Selama Dua Tahun appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.