Ads Top

Yung Raja Muncul Dengan EP Mike, Mahu Muncul Sebagai Penyanyi Hip Hop Dwibahasa Popular Di Asia Tenggara

Mike merupakan EP pertama yang dilancarkan Yung Raja sebagai kejutan untuk peminat. Mula tersedia pada tengah malam ini, ‘MIKE’, yang mendapat sentuhan penerbit Flightsch & RIIDEM, bakal menyerikan lagi portolio seni rapper ini untuk tahun ini.

Sebelum ini, Yung Raja dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 artis sedang meningkat naik oleh NME pada tahun 2021, single hitnya ‘Spice Boy’ berjaya menduduki carta Spotify Viral 50 Singapura & Malaysia dalam tempoh sehari selepas dilancarkan dan lagunya ‘Mami’ turut menjadi sebutan Jimmy Fallon secara langsung di televisyen Amerika Syarikat.

Dalam EP yang mengandungi tiga buah lagu ini, ‘MIKE’ menampilkan sisi inovatif dan fleksibel rapper Singapura ini. Seorang yang bijak bermain dengan kata-kata, kebolehannya menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Tamil yang tiada tandingan, ‘MIKE’ mengangkat Yung Raja ke tahap yang lebih tinggi dari segi permainan kata, keyakinan, dan kemahirannya.

“Projek ini berasal dari sudut jiwa saya yang belum pernah saya terjemahkan di atas kertas,” kata Yung Raja. Menyifatkan ‘MIKE’ sebagai titik penting dalam kerjayanya, yang diharapkan bakal menjadi pemangkin untuk beliau terus memajukan dirinya sebagai artis hip-hop dwibahasa yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

Sedari awal, lagu yang menjadi judul EP ini mengandungi ciri-ciri khas karya Yung Raja: beliau merujuk kepada budaya pop Barat – dari batu permata hingga ke Gucci, ruang melepak hingga ke Gigi Hadid – dengan jalinan bunyi dan lirik yang berakar umbi pada identitinya yang berbangsa Tamil dari Asia Selatan.

Yung Raja sangat luar biasa dalam melukis semula dan menyusun kembali sempadan antara aspirasi harian dan barang berharga.

Walaupun masih mengekalkan subjek yang sama, Yung Raja bakal menawan hati peminat dengan hala tuju muzik baru yang menampilkan produksi muzik yang eksentrik dan penuh gemilang menerusi garapan rentak ‘trap’ dengan skala muzik India Selatan, bagi mempersiapkan pendengar dalam menjangka perubahan yang bakal mendatang.

Penyanyi rap yang bijak dalam menyuntik keseronokan dan keriangan dalam muziknya, dilihat bakal mengukuhkan lagi kehadirannya dalam arena ini menerusi ‘MIKE’ sekaligus menjadikan peminat sentiasa menunggu langkah Yung Raja seterusnya di masa hadapan.

“Ketiga-tiga lagu ini adalah kisah saya. Kisah bagaimana saya berusaha untuk terus maju,” ulas Yung Raja mengenai ‘MIKE’. Lagu yang turut diberi judul EP ini, cuba memaparkan apa yang disebutkan rapper ini sebagai “bahagian yang sangat menarik” dalam hidupnya.

Lagu ini penuh dengan keberanian dan keterujaan dalam mencari keseronokan, tetapi dengan sikap berjiwa kental – sesuatu yang Yung Raja telah temui sejak kebelakangan ini. “Saya belajar banyak dalam proses membuat projek ini,” katanya. “Saya tidak pernah merasakan sebebas ini dalam hidup saya … dalam pemikiran dan ekspresi saya. Begitu pentingnya meletakkan sesuatu itu pada perasaan kita dan bukannya pada apa yang ‘betul’ semata-mata”

Yung Raja yang kini penuh semangat untuk melangkah ke fasa berikutnya, meninggalkan pesan berikut untuk peminatnya: “Projek ini sangat istimewa bagi saya. Saya dedikasikan ia untuk orang Tamil di seluruh dunia – Untuk orang saya, dari orang anda, Shtambi Raja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Yung Raja Muncul Dengan EP Mike, Mahu Muncul Sebagai Penyanyi Hip Hop Dwibahasa Popular Di Asia Tenggara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.