Ads Top

Raih 4x Platinum Dengan Jumlah Dengan Jumlah Revenue RM1 Juta, Iman Troye Sangkal Diri Sudah Bergelar Jutawan

Penyanyi popular yang semakin meningkat  naik, Iman Troye menyangkal dirinya sudah bergelar jutawan meskipun berjaya meraih 4x Platinum bersamaan RM1 juta membabitkan ‘talent management revenue’ menerusi dua buah lagu iaitu Teman dan Pejam Celik Hari Raya.

Iman atau pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata, dia juga lebih utamakan untuk mengukuhkan nama dalam industri nyanyian berbanding pendapatan.

“Kalau ada yang menganggap saya jutawan berdasarkan jumlah pendapatan itu rasanya tidak. Apa yang saya nak utamakan dalam industri ini bukan pendapatan. Tapi, saya nak lebih fokus dan kukuhkan nama dalam industri.

“Lagipun saya masih merangkak lagi. Sebolehnya, saya nak orang pandang saya berlari pula selepas ini. Malah, banyak lagi yang saya kena terokai. Sejujurnya, saya takut apabila berada pada tahap sekarang, sebab tak tahu lagi apa pandangan orang sebenarnya terhadap saya,” ujarnya.

Iman berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar dan Lagu Nang yang berlangsung semalam.

Dalam masa sama, Iman juga melahirkan rasa teruja apabila single baharunya, Nang berjaya mencapai lebih satu juta tontonan selepas dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober lalu.

Selain itu, video muzik lagu berkenaan juga  berada di kedudukan kelima carta ‘trending’ YouTube dan Top 10 di aplikasi muzik Spotify.

Single yang menggabungkan genre pop dan klasik itu adalah hasil ciptaan Ezra Kong dan A Ramlee. Single ini juga terbitan XO House Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar. – KopiPlanet.com

The post Raih 4x Platinum Dengan Jumlah Dengan Jumlah Revenue RM1 Juta, Iman Troye Sangkal Diri Sudah Bergelar Jutawan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.