“Maryam Masuk Islam, Bukan Masuk Kaum” – Ryzal Ibrahim Mohon Agar Isterinya Tidak Dipaksa Ikut Budaya Melayu Ketika Pantang
Selebriti media sosial, Rizal Ibrahim memohon agar orang ramai tidak memaksa isterinya untuk lakukan cara berpantang mengikut budaya yang bukan miliknya.
Ryzal berkata, isterinya masih tetap menjalani beberapa cara berpantang mengikut budaya Melayu dan dia menganggap ia sesuatu yang sudah memadai.
“Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti. Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” jelasnya.
Sebelum ini, pasangan yang lebih dikenali sebagai @duriankimchi itu menerima beberapa komen yang mempersoalkan cara Maryam berpantang.
Ujar Ryzal, meskipun sudah berkahwin dengan dirinya, namun dia berharap supaya budaya isterinya itu dihormati, walaupun kini bergelar seorang muslimah.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib utk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga? Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum.
“Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru. Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post “Maryam Masuk Islam, Bukan Masuk Kaum” – Ryzal Ibrahim Mohon Agar Isterinya Tidak Dipaksa Ikut Budaya Melayu Ketika Pantang appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: