Ads Top

Bukan Anti Vaksin, Mila Jirin Tidak Bersetuju Kanak-Kanak Dijadikan Ujian Untuk Program Vaksinasi Covid-19

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menolak sekeras-kerasnya mengenai kanak-kanak di negara ini yang berusia bawah 12 tahun dijadikan ujian keberkesanan vaksin Covid-19 jenis Sinovac.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Mila menegaskan dia bukanlah seorang anti vaksin, namun tidak bersetuju kanak-kanak dijadikan ujian.

“MAAF @kkmm_gov kami ibu / bapa TAK AKAN BIAR KAN ANAK ANAK KAMI sertai UJIAN. Harap maklum.

“I am not anti vak or pro vak.. i am vaccinated.. to achieve Herd immunity… But for a child ” I SAID NO ‼

Sebelum ini, kerajaan menerusi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia dipilih antara lokasi ujian klinikal vaksin Covid-19 Sinovac untuk kanak-kanak.

Katanya, kajian klinikal Fasa 3 itu akan bermula akhir bulan ini di 10 lokasi, meliputi lapan kemudahan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jelasnya Khairy, KKM akan berbincang dengan pengeluar vaksin untuk mendapatkan maklumat berhubung keberkesanan dan keselamatan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. – KopiPlanet.com

The post Bukan Anti Vaksin, Mila Jirin Tidak Bersetuju Kanak-Kanak Dijadikan Ujian Untuk Program Vaksinasi Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.