Ads Top

Sudah Bebas Covid-19, Nora Danish Mahu Belajar Daripada Kesilapan Lalu

Setelah 10 hari menjalani proses kuarintin akibat positif Covid-19, pelakon Nora Danish kini sudah kembali pulih.

Perkara berkenaan telah dikongsi oleh Nora sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdullilah gelang sudah di gunting, Terima kasih pada KKM team yg jaga saya selama 10 hari ni. Love u! 

“Rumah pun sudah di sanitise kan oleh  @pestparamedics 🤍 thx alot guys! Now jom #kitajagakita Jalan keluar rumah la bila tak penting. Saya pun dah belajar pada kesilapan lalu. Take care everyone, & stay safe!,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan membuat ujian saringan Covid-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Kemudian dia telah disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Pada masa sama, Nora juga teprkasa menangguhkan pengambil vaksin yang dijadualkan selepas didapati positif Covid-19. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nora Danish

The post Sudah Bebas Covid-19, Nora Danish Mahu Belajar Daripada Kesilapan Lalu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.