Margasatwa Muncul Muzik Video Yang Asli, Kisah Tentang Penilaian Seseorang Bersandarkan Paras Rupa
Setelah menjuarai Levi’s Music Project pada Disember 2020, Margasatwa telah mendapat geran RM20,000 untuk penggambaran video muzik untuk lagu baru mereka iaitu Yang Asli.
Lagu Yang Asli membawa mesej yang cukup mudah difahami untuk segenap masyarakat iaitu ‘Mencintai diri sendiri terlebih dahulu, tanpa mempedulikan kata-kata orang lain.
Margasatwa mengajak para pendengar untuk percaya dan yakin dengan keunikan diri sendiri, menjadikan diri lebih fokus dan bahagia dalam hidup sementelah mengejar impian masing-masing yang ternyata unik.
Muzik video Yang Asli ini menceritakan tentang betapa skeptikal dan tipikal sesetengah orang dalam menilai seseorang hanya berdasarkan rupa.
Namun individu tersebut kemudian bangkit dan membuktikan kebolehan dan keyakinan diri sebagai simbolik dari petikan lirik ‘Kecantikan tidak boleh diraih, kecantikan hanya dipelihara.’
![](https://www.kopiplanet.com/wp-content/uploads/2021/05/Margasatwa-2-1024x704.jpg)
Selain dari penceritaan itu, Margasatwa turut mengetengahkan nilai fesyen yang unik. Salah satunya adalah material songket yang ditempah khas pada jaket Levi’s Fadhil (pemain gitar utama) dan pengayaan ala-ala 70an atau 80an sebagai identiti pada muzik video kali ini.
Margasatwa berharap supaya lagu Yang Asli ini dapat menambat hati rakyat Malaysia dan dapat memberi impak kepada agar mereka percaya pada diri sendiri, percaya dengan keindahan ciptaan tuhan yang mempunyai keunikannya tersendiri secara semulajadi dan membawa keharmonian dan positif dalam kehidupan manusia.
Pada buat masa ini, Margasatwa sedang berusaha keras dalam mengusahakan album terbaru mereka yang sasaran akan dikeluarkan pada hujung tahun 2021.
Salah seorang anggotanya iaitu Fadhil menyatakan bahawa lagu Yang Asli ini ialah satu ‘restart’ atau ‘reboot’ bagi Margasatwa untuk menuju sesi rakaman album kedua.
“Album kedua ini Margasatwa bakal menghasilkan kolaborasi bersama artis-artis tempatan yang lain dan Tony Iskandar dari kumpulan terkenal Spider telah di pinang sebagai penerbit album.
“Keunikan Margasatwa yang menjadikan Margasatwa disukai ramai adalah dari segi penampilan dan penyampaian lagu. Sebuah kumpulan rock fusion yang meletakkan elemen Nusantara dan unsur kemelayuan dalam lagunya secara unik,” ujarnya.
Jelasnya lagi, setiap karya yang dikeluarkan Margasatwa akan push to the limit dengan berniat untuk mengeluarkan sesuatu yang terbaik yang tidak pernah mereka hasilkan lagi dan memberi impak kepada pendengar-pendengar.
Menurunya, cita-cita dan impian yang ditanam oleh setiap ahli Margasatwa adalah untuk menjadi pemuzik yang terbaik tanah air dan menempah nama dan melebarkan juga sayap Margasatwa ke negara luar bagi menaikkan martabat, harga muzik nusantara dan yang paling penting untuk mendidik masyarakat tentang keunikan muzik kita.
“Margasatwa ingin buktikan bahawa karya kami adalah sesuatu yang berharga dalam lipatan sejarah muzik negara dan harus diketengahkan demi meraikan kepelbagaian bakat dan keunikan muzik Malaysia.
“Kami ingin menjadi sebuah kumpulan rock yang ikonik yang disenangi segenap lapisan rakyat Malaysia.
Syukur alhumdulillah kepada tuhan yang esa kerana memberi kami peluang dan semangat untuk kami terus berkarya di dalam musim pandemik ini,” ujarnya.
Muzik video yang lagu Yang Asli akan mula dilancarkan 20 Mei ini pada pukul 3.00 petang dan boleh ditonton di saluran YouTube Margasatwa. – KopiPlanet.com
The post Margasatwa Muncul Muzik Video Yang Asli, Kisah Tentang Penilaian Seseorang Bersandarkan Paras Rupa appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: