Ads Top

Setelah Dua Kali Buat Ujian Swab, Puteri Sarah Telah Disahkan Positif Covid-19

Pelakon popular Puteri Sarah mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan semalam.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu, dia mula mengesyaki dirinya dijangkiti wabak tersebut setelah hilang deria rasa dan bau.

“Saya sebelum ini sudah menjalani dua kali ujian saringan Covid-19 dan disahkan negatif.

“Dah cuba menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak bercampur dengan orang, akhirnya kecundang juga,” katanya yang sebelum ini disenaraikan sebagai kontak rapat kategori C.

Pada masa sama, pelakon berkenaan juga memberitahu yang dia tidak mempunyai sebarang simptom sepanjang menjalani kuarantin sebelum itu.

Sementara itu, Puteri Sarah juga meminta supaya semua kontak rapatnya sejak 10 Mei lalu supaya menjalani ujian saringan.

“Minta maaf kepada keluarga, suami dan anak. Doakan kami semua ya. 

“Jangan keluar rumah kaau tidak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Setelah Dua Kali Buat Ujian Swab, Puteri Sarah Telah Disahkan Positif Covid-19 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.