Ads Top

Setelah Berbelas Jam Di Hospital, Ain Edruce Akhirnya Selamat Bergelar Seorang Ibu


Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya telah selamat bergelar ibu apabila melahirkan cahaya mata sulung hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Ain menerusi video yang dimuat naik di Insta Story miliknya.

“Setelah berbelas-belas jam dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” ujarnya.

Namun begitu, Ain masih belum mendedahkan jantina anaknya sebaliknya dia mengajak para peminat untuk meneka terlebih dahulu.

Dalam pada itu, rakan-rakannya turut mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut di atas kelahiran cahaya mata pertamanya.

Sebelum ini, Ain viral di laman sosial kerana sempat memuat naik video di aplikasi Tik Tok walapun sedang menahan sakit untuk bersalin di hospital. – KopiPlanet.com

The post Setelah Berbelas Jam Di Hospital, Ain Edruce Akhirnya Selamat Bergelar Seorang Ibu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.