Dituduh Pro Zionis Meskipun Suami Berasal Dari Palestin, Ramona Zam Zam Tampil Beri Penjelasan
Umum mengetahui bahawa pelakon Ramona Zam Zam telah berkahwin dengan seorang jejaka yang berasal dari Palestin iaitu Rami Alaskhar.
Bagaimanapun, gara-gara tidak memuatnaik sebarang posting di media sosial berkenaan sokongan terhadap Palestin, Ramona dituduh sebagai pro Zionis.
Menafikan dakwaan yang telah dilemparkan, akhirnya pelakon berkenaan tampil menjelaskan perkara sebenar.
“Saya ambil keputusan untuk berehat dari sosial media selama seminggu kerana Hati saya sakit. Sakit dada. Saya tak boleh melihat video-video itu, jiwa saya terlampau lemah untuk melihatnya“, tulisnya
“Ya betul, Rami masih ada saudara-mara di Gaza dan sekarang ini sosial media terlalu banyak memaparkan video dan gambar dibom tidak henti-henti,” luahnya.
Ujar Ramona, suaminya itu juga sentiasa berhubung dengan ahli keluarganya yang lain setiap masa.
Dalam pada itu, dia juga menyatakan suaminya dan keluarga tidak dibenarkan untuk pulang ke Palestin buat selama-lamanya.
“Kenapa? Sebab tanah mereka adalah salah satu tanah yang telah diambil oleh orang Israel.
“Sejak kecil keluarga Rami sudah berpindah-randah di banyak negara dan itu adalah cara untuk mereka meneruskan kehidupan,” ujarnya sambil menyatakan suaminya sudah sembilan tahun tidak berjumpa ayahnya.
Pada masa sama, dia meminta supaya tidak ada lagi pihak menuduhnya pro zionis kerana tidak memuat naik apa-apa berkenaan Palestin.
“Hanya kerana Ramona tak upload anything about Palestin, does not mean I don’t support.
“The accusation of me being a pro zionist is the most ridiculous jokes I’ve ever heard,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Dituduh Pro Zionis Meskipun Suami Berasal Dari Palestin, Ramona Zam Zam Tampil Beri Penjelasan appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: