Rita Rudaini Luah Rasa Marah, Ajak Jiran Bersemuka Setelah Dituduh Anti Vaksin
Pelakon Rita Rudaini mengajak jirannya iaitu seorang pengacara yang didakwa menuduhnya sebagai seorang anti-vaksin untuk bersemuka dengannya.
Menurut Rita, dia tidak pernah mengakui yang dirinya seorang anti-vaksin dan mempertikaikan tindakan pengacara itu yang menuduhnya sedemikian.
“Begini kah sikap seorg muslimah..org muslim…datang la jumpa depan-depan..bukan xpernah sembang pon kan…
“Sisturr lagi lama duduk kawasan ni berjiran dgn schawal,lutfya..xpernah plak jumpa jiran mcm ni..elok je kita org…klau xpuas hati mai la sembang…kita org islam kn brjiran…apa masalah hang ni?” luahnya.
Menurut Rita, dia sendiri tidak pernah menyatakan bahawa dirinya adalah seorang anti vaksin.
“Sisturr nak rebuih rumput ka,nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la..xpernah kacau hidup org pon… Eh nampak sgt tidak bijak,pasal vaksin sj pon nk pandang serong kt org…islam plak tu…
“Ayooo orang mcm ni xle buat jiran…suka ckp belakang… dpn bukan main manis mulut…belakang busuk jugak ye…xyh la tulis RR LL..tulis je la nama…apa salahnya…klau nak cari publisiti… lps ni naik la follower… jahat juggk mulut awak ye sis,” luahnya.

Pada masa sama, pelakon itu mempersoalkan apa bukti yang mengatakan bahawa dirinya itu anti vaksin.
Malah, dia menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah berat dan boleh menjadi fitnah.
“Adakah dengan membuat rebusan herba dan meminum airnya salah? Adakah ia haram? Adakah ia boleh memudaratkan kesihatan?
“Sedangkan Rasulullah SAW juga mengamalkan pengambilan herba seperti Habbatussauda, Zaitun, Henna, Siwak untuk tujuan perubatan. Malah dalam al-Quran juga menjelaskan perkara ini,” katanya.
Menurut Rita lagi, adakah menjadi kesalahan untuk seseorang yang mengamalkan pengambilan herba sebagai satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri? Adakah itu boleh dilabel anti vaksin?
“Pakar mata dan motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad ada memberikan tips berkenaan amalan air rebusan rempah ratus tertentu dipercayai baik untuk kesihatan tubuh bagi kecergassn diri dan menguatman imunisasi badan.
Antara rempah ratus itu adalah bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kunyit hidup, halia, serai dan kayu manis,” katanya.
Jelas Rita, jangan hanya kerana dia berkongsi perkara tersebut dan kekurangan vaksin membuatkan dia boleh dilabel sebagai seorang anti vaksin. – KopiPlanet.com
The post Rita Rudaini Luah Rasa Marah, Ajak Jiran Bersemuka Setelah Dituduh Anti Vaksin appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: