Ads Top

HONOR Band 6 Gelang Pintar Penuhi Ciri-Ciri Menarik, Sesuai Untuk Mereka Yang Menitikberatkan Kecergasan

Ketika ini, sudah terdapat banyak model gelang pintar yang telah dijual di pasaran dengan pelbagai jenama.

Tidak ketinggalan juga buat jenama HONOR yang baru sahaja memperkenalkan gelang pintar HONOR Band 6.

Apa yang menariknya, skrin untuk gelang pintar ini dihasilkan dengan skrin yang lebih besar iaitu AMOLED 1.47 inci dengan resolusi 368×194.

Dengan skrin yang besar ini, ia memudahkan pemakainya untuk membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

Setelah berpeluang untuk menggunakannya selama beberapa hari, apa yang penulis boleh katakan gelang pintar ini memang disyorkan kepada pengguna yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi.

Selain itu, produk ini juga membantu si pemakai memantau tahap kesihatan dengan mengawasi degupan jantung selama 24 jam dapat mengukur ketepuan oksigen darah (Sp02).

Lebih menarik lagi, peringatan juga dikeluarkan sekiranya berlaku degupan jantung abnormal supaya si pemakainya dapat mengawasi kesihatan jantung.

Bagi pengguna wanita pula, HONOR Band 6 ini mempunya ciri-ciri tambahan iaitu mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal. 

Namun begitu, apa yang lebih penting adalah ketahanan bateri untuk produk ini, di mana ia menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal.

Malah, pengecasan yang dibuat selama 10 minit juga sudah mencukupi untuk gelang pintar ini dapat bertahan selama tiga hari.

Permukaan jam yang boleh ditukar dengan pelbagai pilihan menerusi apps.

*Ciri-ciri menarik gelang pintar Honor Band 6

  • Skrin lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu 1.47 inci dengan paparan AMOLED
    • Resolusi skrin 194 x 368 dengan ruang paparan skrin 148% lebih luas untuk visual lebih terang dan jelas
    • Lebih selesa melihat dan mudah untuk membaca maklumat
    • Boleh membaca SMS
  • Sangat disyorkan kepada orang yang menitik berat kecergasan badan kerana menampilkan fungsi 10 mod senaman
  • Mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar 
  • mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2)
  • Ciri mengawasi kitaran haid wanita
  • Kalis air untuk sedalam 50 meter, boleh merekod aktiviti dalam air bagi penggemar sukar air 
  • Pengguna perlu memuat turun aplikasi Health APP (Huawei Health) di Playstore telefon bimbit sebelum menggunakannya.

Apa yang lebih menarik adalah HONOR Band 6 yang dijual dengan harga yang sangat begitu mampu milik iaitu RM189 serta boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Gelang pintar ini juga boleh dibeli di portal e-dagang Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store dan juga outlet HONOR Experience Stores di seluruh negara. – KopiPlanet.com

The post HONOR Band 6 Gelang Pintar Penuhi Ciri-Ciri Menarik, Sesuai Untuk Mereka Yang Menitikberatkan Kecergasan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.