Banyak Kongsi Cerita Tidak Betul… Fara Fauzana Mahu Cari Individu Kendalikan Akaun Facebook Guna Namanya
Penyampai radio dan pelakon popular, Fara Fauzana mahu mencari individu yang mengendalikan sebuah akaun Facebook dengan menggunakan namanya ‘Fara Fauzana’.
Berkongsi perkara tersebut di Twitter, Fara menyatakan akaun berkenaan masih lagi aktif dan kini sudah mempunyai lebih 100,000 followers.
“MINTAK TOLONG BOLE? Macam mana nak tahu sapa yang handle akaun FB FARA FAUZANA ni?
“Ini bukan FB saya tapi dah smpai lebih 100 ribu followers. Aktif sangat berkongsikan cerita yang tak betul dan tak manis dengan menggunakan nama saya,” dedahnya.

Ujar Fara, dia juga sudah banyak kali membuat laporan kepada pihak Facebook, tetapi akaun berkenaan masih lagi aktif.
Jelasnya, pihak yang mengawal akaun berkenaan banyak berkongsi cerita-cerita yang tidak sahih.
“Dah banyak kali saya report di FB tp tetap kongsikan cerita-cerita yag tak sahih dan mencurigakan. Itu tak kira cerita dalam kelambu dan kaitkan saya dalam post tu.
“Kalau minat dan nak bekerjasama… bagitau. Meh borak sebelum saya borak dengan polis,” tegasnya.
Menurutnya, satu-satunya akaun Facebook rasmi miliknya adalah menggunakan nama ‘Realfafau’. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram & Twitter Fara Fauzana

The post Banyak Kongsi Cerita Tidak Betul… Fara Fauzana Mahu Cari Individu Kendalikan Akaun Facebook Guna Namanya appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: