(Video) Isteri Rakam Suami Menangis Terharu, BFF Hadir & Tolong Pakaikan Sampin Di Hari Bahagia
Bila sudah dikurniakan dengan sahabat yang selama ini setia di sisi, pasti sukar untuk memulakan fasa kehidupan yang baharu.
Terutama apabila sahabat itu ingin berkahwin, perasaan sedih dan terharu akan timbul.
Pun begitu, ia bukan bermakna bahawa kita tidak gembira dengan perkahwinannya tetapi persahabatan yang dibina selama ini mungkin akan sedikit berubah kerana masing-masing sudah berkeluarga.
Seperti video yang dimuatnaik oleh Nash Khiruddin di TikTok ini, dia berkongsi momen-momen ketika memakaikan sampin buat sahabat baiknya.
Menurutnya, dia dan sahabatnya itu telah berkawan selama sembilan tahun.
Dia berharap agar persahabatan mereka akan kekal sampai bila-bila.
@nashkhiruddin I hope I always be there for you these 9 years, from the day we know each other until you get married, I hope ths frndship last 4evar. #fyp
Dalam satu video yang lain, dia berkongsi detik sahabatnya menangis kerana memikirkan perjalanan persahabatan mereka.
Video itu dipercayai telah dirakam oleh isteri sahabatnya itu.
@nashkhiruddin Reply to @iskndrtw We both cried. Received this video from his wife, after he saw my post. #bff #fyp
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sebak melihat persahabatan mereka itu.
Sumber: Nash Khiruddin
The post (Video) Isteri Rakam Suami Menangis Terharu, BFF Hadir & Tolong Pakaikan Sampin Di Hari Bahagia appeared first on Siakap Keli.
No comments: