Ads Top

(Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, Ini Tutorial Mudah Nak Buang “Background” Kat Logo Guna Microsoft Word Je

Kalau dalam kerja-kerja melibatkan suntingan grafik, korang mesti biasa dengar ‘software’ macam Adobe Photoshop kan?

Antara suntingan grafik yang biasa dibuat adalah membuang latar belakang atau ‘background’ bagi sesuatu imej.

Kalau yang ada Adobe Photoshop sendiri dan mahir menggunakannya, mungkin tak jadi masalah. Tapi macam mana pula dengan diorang yang tiada ‘software’ tu, apatah lagi nak mahirkannya kan?

Jangan risau, sebenarnya ada cara yang lagi mudah untuk korang buang latar belakang. Hanya guna Microsoft Word je.

Tak percaya? Jom ikut tutorial yang Nabihah kongsi di bawah ini.

Jom ikuti turutannya satu persatu di bawah ini:

Pertama, klik ‘Insert > Pictures’ dan pilih gambar yang hendak dibuang latar belakangnya.

Gambar: Nabihah

Klik pada gambar kemudian klik ‘Picture Format’ pada tab atas kanan sekali.

Gambar: Nabihah

Klik ‘Remove Background’ pada bahagian kiri sekali.

Gambar: Nabihah

Latar belakang akan dikesan secara automatik.

Kita boleh klik tanda ‘+’ dan tandakan bahagian gambar untuk dikekalkan atau ‘-‘ sekiranya hendak buang bahagian gambar tersebut.

Setelah selesai, klik ‘Keep Changes’.

Gambar: Nabihah
Gambar: Nabihah

Tambahan: Gambar tersebut boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan dengan ‘klik kanan’ (right click) dan klik ‘Save As Picture’.

Gambar: Nabihah
Gambar: Nabihah

 

 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter @NabihahShaauzi_

The post (Video) Mungkin Ramai Belum Tahu, Ini Tutorial Mudah Nak Buang “Background” Kat Logo Guna Microsoft Word Je appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.