Ads Top

(Video) Detik Cemas, Tengah Sedap Berenang Tiba-tiba Diekori Buaya, Kelam-kabut Selamatkan Diri

Siapalah yang tidak takut dengan buaya kan? Haiwan liar ini sudahlah ganas, rakus, malah tidak akan wujud rasa ‘kasihan’ pun pada mangsanya.

Haiwan reptilia ini biasanya gemar ‘menyorok’ dalam air ketika memerhatikan mangsanya. Dengan penuh berhati-hati, bila-bila masa sahaja ia akan dapat menerkam mangsanya.

Sering kali kita terdengar kes orang awam dibaham atau diserang buaya ketika berada di pinggir sungai mahupun pantai. Kali ini, sekali lagi kes serupa hampir terjadi.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Barnabasc di TikTok, kelihatan seorang individu yang sedang berenang di pantai hampir menjadi mangsa buaya.

@barnabasccoll

Mengerikan buaya menerkam manusia di pantai 😬 #viral #foryoupage_tik_tok #Buaya #buayaairasin #Pantai

♬ original sound – Barnabasc – Barnabasc

Berdasarkan video tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di satu lokasi di Indonesia.

Mujurlah individu tersebut sempat menyelamatkan diri. Jika tidak, maka berubahlah warna air laut yang jernih kebiruan itu menjadi merah berdarah.

Teruja dan cemas dengan situasi itu, ramai warganet meninggalkan pelbagai ‘pesanan’ di ruangan komentar. Malah ada pula yang sempat ‘melawak’.

 

 

 

Sumber: TikTok Barnabasc

The post (Video) Detik Cemas, Tengah Sedap Berenang Tiba-tiba Diekori Buaya, Kelam-kabut Selamatkan Diri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.