(Video) Meluncur Lebih 240km Sejam, Arab Saudi Rancang Bina “Roller Coaster” Terpantas Di Dunia
Arab Saudi dilapor sedang membangunkan sebuah roller coaster terpanjang, tertinggi dan terpantas di dunia.
Roller coaster tersebut, Falcon’s Flight yang dibangunkan syarikat pelaburan Qiddiya itu dilapor mampu meluncur laju sehingga lebih 244 kilometer sejam.
Projek mega berkenaan bertempat di Six Flag Qiddiya, sebuah taman tema hiburan berkeluasan 79 ekar yang sedang dibina di Riyadh.
Difahamkan, treknya agak panjang hingga didakwa mencapai sejauh empat kilometer bagi setiap pusingan yang memakan masa selama tiga minit sahaja.
Keupayaannya pula dilengkapi dengan ‘vertical cliff dive maneuver’ dan cerunan parabolik yang menjanjikan pengalaman meluncur tanpa terasa bebanan berat.
Ketua Pegawai Eksekutif Qiddiya, Phillippe Gas berkata, binaan projek tersebut kini dalam peringkat rekaan dan kejuruteraan.
“Falcon’s Flight akan mendominasi ruang udara Qiddiya, meluncur gah di seluruh destinasi kami, tepat dari taman tema, menaiki dan menuruni curam, ianya adalah perjalanan (coaster) paling terbaik di dunia,” katanya, memetik laporan Fox News.
Falcon’s Flight dijadualkan akan siap dibina dan dimulakan operasinya bersama taman tema tersebut pada 2023 kelak.
Sumber: Fox News
The post (Video) Meluncur Lebih 240km Sejam, Arab Saudi Rancang Bina “Roller Coaster” Terpantas Di Dunia appeared first on Siakap Keli.
No comments: